suria

Jurulatih Tottenham U23 Dimasukkan Ke Hospital

Ugo Ehiogu. Foto bbc.co.uk

JURULATIH Tottenham bagi pasukan di bawah umur 23 tahun (U-23) dimasukkan ke hospital selepas disyaki terkena serangan jantung di pusat latihan kelab itu.

Ugo Ehiogu rebah semasa mengadakan latihan di akademi kelab itu pada pagi Khamis.

Beliau mendapat rawatan segera daripada pegawai perubatan Spurs.

Bekas pemain Aston Villa berusia 44 tahun itu kemudiannya dibawa oleh pasukan paramedik ke hospital.

Tottenham menerusi laman web kelab mengesahkan insiden tersebut.

"Semua di kelab mengucapkan salam sejahtera kepada Ugo dan keluarganya," kata jurucakap kelab. - Mail Online

Artikel Sebelum

Ini Azam Zachary Anderson!

Artikel Berikut

Artikel Lain