suria

Jurulatih Thailand: Lima Calon Terkenal Jadi Sebutan

Dunga

KEKOSONGAN posisi ketua jurulatih bola sepak Thailand masih belum diisi selepas Kiatisuk Senamuang melepaskan jawatan tersebut hujung bulan lalu.

Menurut laporan media mengatakan beberapa nama besar dalam bola sepak turut mengintai jawatan di Thailand ini termasuk bekas pembantu kelab Manchester United, Rene Meulensteen.

Meulensteen merupakan orang kanan Sir Alex Ferguson di Old Trafford di antara tahun 2007 dan 2013. Dia juga merupakan bekas pengurus Fulham.

Renee Meulensteen

Dia dilaporkan telah bertemu dengan presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Somyot Rabu lalu.

Sementara itu  Winfried Schafer yang pernah mengendalikan skuad Thailand sebelum ini turut dilaporkan bertemu pegawai FAT awal minggu lalu.

Jurulatih kelahiran Jerman itu pernah bersama Thailand di antara tahun 2011 dan 2013.

Schafer juga merupakan bekas jurulatih Cameroon yang berjaya menjulang trofi Piala Afrika (2002) sebelum membawa mereka layak ke Piala Dunia tahun yang sama.

Seorang lagi jurulatih yang menjadi tumpuan ialah bekas pengurus Leicester City yang dipecat, Claudio Ranieri, namun masih belum ada pengesahan FAT.

Claudio Ranieri

Dan yang terbaharu dikaitkan dengan pasukan Thailand  adalah bekas pemain kebangsaan dan jurulatih Brazil, Dunga.

Manakala seorang lagi calon terkenal merupakan bekas pemain legenda Brazil, Zico.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain