suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bantu Kedah Sehingga Saingan Piala FA Berakhir - FAM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencadangkan agar Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menyelesaikan tugas membantu pasukan Kedah sehingga berakhir saingan Piala FA musim ini.

FAM dalam kenyataan dikeluarkan pada Isnin menyatakan badan induk sukan bola sepak negara itu akan mengadakan perbincangan bersama pasukan Kedah mengenai situasi yang dihadapi oleh Cheng Hoe.

Sementara itu laporan Bernamamengesahkan Tan telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai jurulatih 'Lang Merah' kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Sabtu lepas.

Cheng Hoe berkata beliau telah menyerahkan surat berkenaan kepada pengurusan KFA dan kini masih menunggu sebarang maklum balas daripada persatuan itu.

Kedah dijadualkan menentang PKNP FC bagi perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA di Stadium Perak, Ipoh pada 21 April ini.

Tan Cheng Hoe

Artikel Lain