Kalahkan AS Monaco, PSG Julang Piala Liga Perancis - Sukan | mStar

Kalahkan AS Monaco, PSG Julang Piala Liga Perancis

-fotoAFP

PARIS Saint-Germain (PSG) berjaya meraih gelaran pertama pada musim ini apabila menjulang Piala Liga Perancis.

Trofi tersebut diperolehi selepas mereka menewaskan AS Monaco dalam perlawanan final dengan keputusan 4-1.

Perlawanan kemuncak ini berlangsung di Park Olympique Lyonnais, malam Sabtu.

Monaco yang ketika ini memimpin Liga Perancis dan tidak pernah kalah kepada PSG dalam tiga pertemuan terakhir, dijangka mampu meraih kemenangan dalam perlawanan ini.

PSG berjaya membuka keunggulan seawal minit keempat melalui aksi bintang baharu mereka, Julian Draxler.

Gol tersebut adalah yang kelapan daripada pemain 23 tahun itu dalam semua perlawnaan sejak bergabung dengan PSG pada Januari 2017.

Monaco sempat menyamakan kedudukan pada minit ke-27 melalui Thomas Lemar. Namun, skor 1-1 tidak bertahan hingga tamat separuh masa pertama setelah Angel Di Maria berjaya menjaringkan gol kedua PSG pada minit ke-44.

Pada babak kedua, PSG tampil lebih mendominasi. Hasilnya, tambahan dua gol diperolehi menerusi Edinson Cavani pada minit ke-54 dan 90'.

Ini adalah gelaran ketujuh PSG dalam Piala Liga Perancis, malah skuad asuhan Unai Emery itu berjaya mempertahankan gelaran ini selama empat kali berturut-turut.

Bagi Monaco, kegagalan ini sekali lagi membuatkan mereka gagal meraih gelaran yang kali terakhir mereka perolehi pada 2003.

Selain itu, keputusan ini juga mengubur impian mereka untuk menyapu bersih gelaran di peringkat tempatan dan kebangsaan.

Ketika ini Monaco masih memimpin Ligue 1 dengan keunggulan tiga mata di atas PSG.

Skuad bimbingan Leonardo Jardim itu juga masih bersaing dalam Piala Perancis dan Liga Juara-Juara yang telah memasuki babak suku akhir.

Piala Liga Perancis , PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain