suria

Mata Jalani Pembedahan Pangkal Paha, Terlepas Aksi Musim Ini

MANCHESTER United mengesahkan bahawa Juan Mata telah menjalani pembedahan akibat kecederaan pangkal paha dengan laporan mendakwa dia akan berehat sehingga hujung musim ini.

Timbul khabar angin pada petang Jumaat bahawa Mata akan terlepas aksi musim ini sebelum United mengesahkan dia telah menjalani pembedahan di pangkal paha.

United bagaimanapun tidak menjelaskan tempoh Mata akan berehat dan hanya memaklumkan perkembangan terkini mengenainya akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Namun kebanyakan laporan termasuk The Guardian mendedahkan Mata mungkin tidak akan beraksi sehingga akhir musim ini.

Mata tidak disenaraikan sebagai salah seorang pemain United yang tidak diturunkan ketika menentang West Brom ketika Jose Mourinho mengadakan sidang media memaklumkan Chris Smalling dan Phil Jones bergelut dengan kecederaan serius semasa mewakili England.

Paul Pogba juga mengalami kecederaan manakala Zlatan Ibrahimovic dan Ander Herrera digantung perlawanan.

Juan Mata, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain