Belanda Pecat Danny Blind - Sukan | mStar

Belanda Pecat Danny Blind

Danny Blind (kanan) bersama anaknya, Daley Blind pada satu sidang media. - The Independent

KEPUTUSAN Belanda memecat jurulatihnya, Danny Blind susulan kekalahan 0-2 kepada Bulgaria dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 pada Sabtu, tidak menghalang Daley Blind untuk berbangga sepanjang beraksi untuk pasukan yang dibimbing oleh ayahnya itu.

Malah pertahanan Manchester United itu menyifatkan aksi bersama ayahnya sebagai 'impian menjadi kenyataan' walaupun jurulatih berusia 55 dipecat selepas dua tahun membimbing Belanda.

"Anda tidak pernah meninggalkan tanggungjawab dan tidak berputus asa. Saya berbangga dengan anda (Danny)," kata Daley.

Danny menggantikan Guus Hiddink pada 2015 tetapi dia gagal membawa pasukan The Orange itu melayakkan diri ke Kejohanan Eropah (Euro 2016) di Perancis pada tahun lalu.

Kekalahan kepada Bulgaria menyaksikan peluang Belanda untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun depan semakin pudar apabila ketinggalan enam mata di belakang pendahulu kumpulan A, Perancis.

Dalam lima perlawanan setakat ini, Belanda hanya mencatatkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Tugas mengendalikan Belanda akan diambil-alih buat sementara oleh Fred Grim ketika pasukan itu bakal bertemu Itali dalam aksi persahabatan.

Danny Blind

Artikel Sebelum

FAM: TMJ Dedah Langkah Awal

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2018

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain