suria

Seamus Coleman Patah Kaki Dikasari Lawan

PEMAIN Ireland, Seamus Coleman mengalami detik ngeri apabila patah kaki selepas dikasari pemain Wales, Neil Tylor dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia awal pagi ini.

Berikutan kekasaran itu Tylor dilayangkan kad merah manakala pengulas percaya Gareth Bale juga sepatutnya dibuang padang kerana aksi mereka.

Coleman yang diusung keluar padang dilapor telah dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan dan akan terlepas baki perlawanan.

Selain tidak dapat membantu skuad negaranya, Coleman juga tidak dapat beraksi untuk baki perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama kelabnya, Everton.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan hanya mampu berpuas hati dengan satu mata apabila permainan berakhir dengan keputusan 0-0.

EPL, Everton, Ireland, Wales

Artikel Lain