suria

Chelsea Layan Spurs Aksi Separuh Akhir Piala FA

CHELSEA mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris bertemu Tottenham Hotspur di Stadium Wembley, Rabu depan.

The Blues mara ke kelompok empat terakhir selepas memang tipis 1-0  ke atas Manchester United dalam saingan suku akhir awal pagi Selasa.

Gol tunggal skuad bimbingan Antonio Conte dihasilkan oleh N'Golo Kante minit ke-51 permainan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama perlawanan.

Jaringan tersebut merupakan yang kedua buat pemain kelahiran Perancis sepanjang aksi bertemu United musim ini dan ianya hadir selepas Ander Herrera diarah keluar padang gara-gara mengumpul dua kad kuning.

Sementara itu, Spurs layak ke separuh akhir sebaik sahaja membenam Millwall 6-0.




Manakala Arsenal yang menang 5-0 ke atas Lincoln bakal berdepan dengan Manchester City pada 23 April ini.

Dalam pada itu, saingan akhir bakal berlangsung pada 27 Mei depan.
Chelsea, Spurs, Piala FA

Artikel Lain