Malaysia Muncul Juara Pusingan kedua Liga Hoki Lelaki Dunia - Sukan | mStar

Malaysia Muncul Juara Pusingan kedua Liga Hoki Lelaki Dunia

Aksi pemain Malaysia (oren) ketika bertemu Bangladesh minggu lalu.

KUALA LUMPUR: Malaysia menepati ramalan muncul juara Pusingan Kedua Liga Hoki Lelaki Dunia (MHWL) selepas menewaskan pasukan China5-3 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final pada Ahad.

Pada aksi yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh itu menyaksikan penentuan menerusi pukulan penalti dilakukan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi masa sebenar.

Menurut Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dalam laman webnya www.fih.ch pasukan China terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Talake Du pada minit ke-15.

China yang menghuni ranking ke-18 dunia kemudian berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-22 hasil gol padang yang dijaringkan Jun Su untuk meletakkan China selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Malaysia yang merupakan pilihan pertama kejohanan mula menemui rentak permainan dan berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-46 menerusi pukulan sudut penalti oleh Shahril Saabah.

Semangat juang yang dipamerkan anak buah Stephen van Huizen dalam usaha memburu gol berhasil apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi Najmi Jazlan yang tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat permainan sebenar.

Penentuan pukulan penalti menyaksikan penjaga gol negara, Hairi Abdul Rahman bertindak cemerlang apabila berjaya mematahkan percubaan pukulan keempat China yang diambil Dihao Meng sebelum Fitri Saari menyempurnakan pukulan kelima skuadkebangsaan untuk mengesahkan kemenangan Malaysia.

Kemenangan ini memastikan Malaysia dan diiringi China akan melangkah ke Pusingan Ketiga MHWL yang juga merupakan medan bagi merebut tempat ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.

Sementara itu, pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan pasukan Mesir membelasah Oman 5-1 untuk menghidupkan peluang beraksi di Pusingan Ketiga MHWL. -Bernama

Liga Hoki Lelaki Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain