suria

Presiden Real Madrid Terima Bungkusan Misteri Dari Itali

Florentino Perez.

POLIS Madrid dipanggil untuk menyiasat bungkusan 'misteri' yang dihantar kepada Presiden Real Madrid, Florentino Perez di Stadium Santiago Bernabeu pada Jumaat.

Menurut pihak berkuasa, bungkusan yang dialamatkan kepada Perez itu menimbulkan keraguan selepas kakitangan kelab mendapati terdapat serbuk putih keluar daripadanya.

Pegawai dengan sut keselamatan mengambil masa berjam-jam untuk menilai bungkusan tersebut tetapi menafikan wujud sebarang ancaman.

Ujian lanjut akan dijalankan ke atas serbuk putih itu.

Menurut media Sepanyol, bungkusan tersebut dihantar dari Itali.

Real bertemu kelab Itali, Napoli dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa lalu.

Anak buah Zinadine Zidane itu melangkah ke suku akhir selepas menang dengan agregat 6-2.



Florentino Perez, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Lain