suria

Davies Kekal Bersama Spurs Hingga 2021

Ben Davies.

PEMAIN pertahanan Tottenham Hotspur, Ben Davies menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan dia kekal di Stadium Wembley sehingga 2021.

Davies yang menyertai Spurs dari Swansea City pada 2014 melakukan 78 penampilan dalam semua pertandingan.

Dia menjaringkan gol pertama untuk Spurs ketika menundukkan Aston Villa pada aksi Piala FA, Januari lalu.

"Saya berasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada kelab dan cara kami berlatih serta corak permainan kami anda dapat lihat ia semakin baik," kata pemain berusia 23 tahun itu.

Spurs kini menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris tetapi ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Chelsea.

Anak buah Mauricio Pochettino itu akan melayan kunjungan Millwall pada aksi suku akhir Piala FA, Ahad ini.

Davies merupakan antara pemain tersenarai dalam skuad utama Wales yang mara ke separuh akhir Euro 2016 di Perancis.

Dia merupakan salah seorang pemain dalam senarai terkini yang menandatangani kontrak baharu bersama Spurs selepas Harry Kane, Dele Alli, Eric Dier dan Jan Vertonghen.



Ben Davies, Tottenham Hotspur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain