Grand Prix F1 Petronas Malaysia Tawar Tiket Pada Harga Istimewa - Sukan | mStar

Grand Prix F1 Petronas Malaysia Tawar Tiket Pada Harga Istimewa

KUALA LUMPUR: Bagi menggalakkan lebih ramai peminat menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) secara langsung, Sepang International Circuit (SIC) kini menawarkan tiket Grand Prix F1 Malaysia pada harga yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.

Harga tiket terbabit yang dijual bermula hari ini sehingga hari perlumbaan pada 29 Sept hingga 1 Oktober depan adalah yang terendah setakat ini, selain diskaun khas untuk rakyat Malaysia sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka selama ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Razlan Razali.

"Pada tahun-tahun sebelum ini, usaha untuk mengekalkan jumlah penonton yang tinggi kadangkala mencabar, justeru kami berharap struktur harga baharu ini akan membolehkan peminat menonton perlumbaan secara langsung di litar," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Seperti pada 2016, perlumbaan kali ini dijadualkan menghampiri penghujung musim sebagai perlumbaan ke-15 dalam kalendar 20 perlumbaan, menyusuli Grand Prix Singapura. 

Perlumbaan ini merupakan acara kebanggaan negara sejak ia diadakan pertama kali pada 1999, membantu mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai venue acara-acara sukan antarabangsa utama dan destinasi pelancongan.

Menurut kenyataan itu harga standard tiket bagi Grand Prix F1 Malaysia 2017  bermula dari RM58.68 untuk Hillstand K2 hingga RM613.68 bagi Main Grandstand, menjadikan harga tiket perlumbaan kali ini sebagai paling berpatutan di dunia.

Bagi Main Grandstand, F Grandstand dan K1 Grandstand, tiket ditawarkan tanpa nombor tempat duduk berasaskan konsep siapa datang dahulu, sekali gus membolehkan penonton bergerak dalam kawasan berkenaan pada hujung minggu perlumbaan.

Buat pertama kali juga rakyat Malaysia akan menikmati harga kadar rata untuk Main Grandstand pada RM336.18 manakala bagi F Grandstand dan K1 Grandstand masing-masing pada RM169.68 dan RM225.18.

Tiket bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah diberikan diskaun 50 peratus daripada harga tiket dewasa manakala bagi kanak-kanak bawah usia tujuh tahun mungkin dibenarkan masuk secara percuma namun mereka tidak akan disediakan tempat duduk jika tiada tiket.

Sementara itu, semua peminat kurang upaya boleh membeli tiket khas untuk Main Grandstand pada harga RM308.43.

Pakej baharu untuk Tribune Pasukan Perlumbaan Mercedes, Ferrari dan Red Bull dengan tempat duduk bernombor pula dijual pada harga RM1,335.18 dan semua pemegang tiket ini akan menerima barangan khas pasukan. 

Kawasan tribune pasukan Mercedes dan Red Bull terletak di zon tempat duduk Crystal manakala pentas pasukan Ferrari pula di zon Jade yang menyediakan pandangan terbaik untuk menyaksikan aksi-aksi di pit pasukan.

Peminat boleh membeli tiket mereka menerusi www.sepangcircuit.com; atau di Pusat Khidmat Pelanggan di SIC atau menghubungi talian tiket SIC di 03-8778 2222.-- Bernama



Grand Prix F1 , Malaysia , SIC

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain