suria

Kante Dipilih Pemain Terbaik Liga Perdana London

PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante meraih anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana London 2017 selepas beberapa bulan berada di Stamford Bridge.

Kante yang turut membantu kelab Chelsea berada di kedudukan teratas liga dipilih menerima  anugerah tersebut dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Khamis.

Bekas pemain Leicester City itu menyarung jersi Chelsea musim lalu dan berjaya memberi impak kepada kelabnya malah menjadi salah seorang pemain kesayangan penyokong The Blues.

Malah dia juga turut menjadi pemain pilihan untuk disenaraikan sebagai pemain tahunan Terbaik PFA.

Sementara itu, Antonio Conte dipilih sebagai Pengurus Terbaik apabila memberi ramuan konsisten sepanjang menguruskan skuad Chelsea selepas menamatkan khidmatkan bersama pasukan Itali tahun lalu.

Antonio Conte


Conte kini dalam misi pertamanya merangkul gelaran juara bersama Chelsea dengan mengekalkan kedudukan teratas liga.

Pengurus kelahiran Itali berusia 47 tahun itu menewaskan calon-calon lain termasuk pengurus Tottenhan Hotspur Mauricio Pochettino, Neil Harris (Millwall) dan Slavisa Jakanovic (Fulham).

Selain itu, dua pemain Spurs, Dele Alli dan Hugo Lloris merangkul gelaran Pemain Muda Terbaik serta Penjaga Gol Terbaik.

Dele Alli


Turut merangkul gelaran adalah bekas pemain Chelsea, Frank Lampard dengan menerima anugerah khas pemain paling lama berkhidmat di London, lebih daripada 20 tahun.

Senarai penuh pemenang Anugerah Bola Sepak London 2017: 

Pemain Terbaik Liga Perdana: N'Golo Kante - Chelsea

Pemain Muda Terbaik: Dele Alli - Tottenham 

Pengurus Terbaik: Antonio Conte - Chelsea

Penjaga Gol Terbaik: Hugo Lloris - Tottenham

Pemain Liga Terbaik: Tom Cairney - Fulham

Anugerah Khas : Frank Lampard 


Artikel Lain