Enrique Umum Tidak Lagi Kemudi Barca Musim Depan - Sukan | mStar

Enrique Umum Tidak Lagi Kemudi Barca Musim Depan

Luis Enrique.

PENGURUS Barcelona, Luis Enrique mengesahkan dia tidak akan memimpin pasukan itu pada musim depan.

Enrique memberikan alasan untuk tidak lagi kekal di Camp Nou kerana mahu berehat.

Pengurus berusia 46 tahun itu mengemudi skuad The Catalan tersebut pada 2014 selepas menggantikan Tata Martino.

Sepanjang bersama Barca, dia membantu kelab gergasi Sepanyol itu memenangi kejuaraan Copa del Rey dua kali dan Liga Juara-Juara sekali.

Musim pertamanya bersama Barca agak menakjubkan apabila trio serangannya, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar mempamerkan prestasi luar biasa.

"Saya tidak akan berada di Barcelona musim depan. Saya perlukan rehat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab di atas keyakinan mereka. Ia tiga tahun yang penuh dengan kenangan," katanya.

Sementara itu, Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu berkata pihak pengurusan kelab tersebut menerima keputusan Enrique.

"Kami menerima keputusan Luis Enrique. Dia seorang jurulatih yang bagus. Dia juga telah berjaya membawa banyak kejayaan untuk pasukan," kata Bartomeu.

Luis Enrique , Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain