Spurs Pesta Gol, Harry Kane 'Raja' Hatrik - Sukan | mStar

Spurs Pesta Gol, Harry Kane 'Raja' Hatrik

Harry Kane. -fotoREUTERS
KEJAYAAN Harry Kane melakukan hatrik ke gawang Stoke City menjadikan pemain bernombor 10 itu sebagai penjaring hatrik terbanyak dalam sejarah kelab itu di Liga Perdana Inggeris.

Hatrik Kane ke gawang Stoke adalah hatrik keempat yang diciptanya sepanjang menyarung jersi Spurs.

Jumlah tersebut sekali gus meninggalkan rekod Robbie Keane dan Jermaine Defoe yang melakukan tiga hatrik sepanjang bersama Spurs.


"Persembahan yang sangat berkesan pada babak pertama. Apa yang kami tampilkan menunjukkan kekuatan pasukan ini.

"Kami berjaya menjaringkan empat gol dan mendapat clean sheet. Saya gembira dengan hatrik yang saya lakukan," kata Kane memetik laman web rasmi kelab.

Kane turut menyatakan bahawa gol keduanya ke gawang Stoke sebagai yang terbaik antara tiga gol yang dicipta, malah menjadi salah satu gol terbaik yang pernah dilakukannya.

Pengurus Spurs Mauricio Pochettino memberikan pujian kepada Kane.

"Apa yang ditunjukkan oleh Harry Kane tidak mengejutkan saya. sama ada menjaringkan gol atau tidak, dia selalu tampil hebat.

"Dia adalah seorang pemain profesional dan hebat," kata Pochettino.

Dalam perlawanan malam Ahad, Spurs menewaskan Stoke 4-0. Spurs kini berada di kedudukan kedua liga dengan 53 mata, diekori rapat oleh Man City yang mengumpul 52 mata.


Harry Kane , Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Real Madrid Rampas Takhta Liga Daripada Barca

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain