suria

PDRM Catat Kemenangan Ketiga, Tewaskan perlis 2-0

MELAKA: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kemenangan ketiga dalam saingan Liga Perdana 2017 selepas menewaskan pasukan tercorot, Perlis 2-0 di Stadium Hang Jebat di sini, Khamis malam.

PDRM bermula garang apabila pemain tengah, Hazwan Fakhrullah membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Skuad bimbingan Fauzi Pilus itu terus menguasai permainan apabila melancarkan beberapa asakan ke benteng pertahanan pasukan Perlis, namun gagal menambah jaringan.

Bersambung babak kedua perlawanan, keadaan padang yang licin berikutan hujan pada petang tadi, memberi kelebihan kepada pasukan dengan gelaran 'The Cops' itu.

Kepincangan benteng pertahanan skuad pelawat membuka ruang kepada PDRM untuk memperoleh gol kedua menerusi penyerang importnya dari Ivory Coast, Dao Bakary pada minit ke-69.

PDRM yang kini mengumpul sembilan mata, akan berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang, pada 28 Februari ini.

Liga Perdana

Artikel Sebelum

Leicester Pecat Ranieri - Kelab

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain