Perlawanan Malaysia - Korea Utara Diteruskan Kecuali Timbul Isu Keselamatan - FAM - Sukan | mStar

Perlawanan Malaysia - Korea Utara Diteruskan Kecuali Timbul Isu Keselamatan - FAM

Datuk Hamidin Mohd Amin
PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan memohon untuk bermain dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di gelanggang berkecuali jika keselamatan pasukan kebangsaan terancam.

Malaysia, yang berada dalam Kumpulan B bersama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan, akan memulakan kempen dengan menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beliau telah bercakap dengan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul berhubung perkara itu.

"Kami akan membincangkan isu ini dengan AFC dan kedutaan untuk melihat jika terdapat ancaman terhadap keselamatan pasukan di Pyongyang.

"Segalanya OK pada masa ini, dan kami akan memaklumkan kepada media jika terdapat sebarang perkembangan baharu," kata Hamidin di Wisma FAM, Isnin.

"Kami telah berhubung dengan Datuk Windsor sejak beberapa minggu lepas. AFC akan membuat keputusan sama ada akan menangguhkan perlawanan atau bermain di gelanggang berkecuali jika terdapat kebimbangan keselamatan," katanya selepas mesyuarat exco FAM.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang selepas berlakunya pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utama, Kim Jong-un, di KLIA 2, Isnin lepas.

Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, telah mengkritik cara Malaysia mengendalikan kes ini.

Malaysia juga telah memanggil semula dutanya ke Korea Utara.

Kang Chol  telah dipanggil ke Wisma Putra hari Isnin, dan kemudian mengeluarkan keras mengkritik siasatan polis Malaysia ke atas kes pembunuhan itu.

Korea Utara , Piala Asia 2019 , FAM

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain