suria

TMJ Mohon Maaf, Akui Silap Beli Pemain Import

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil memohon maaf di atas kekalahan tipis 2-1 pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika menentang Perak pada aksi Liga Malaysia di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu malam.

Pemilik pasukan Harimau Selatan itu mengakui, keputusan membeli dua pemain import bagi posisi hadapan merupakan kesilapannya hingga menyebabkan JDT mengharungi permulaan yang tidak baik bagi musim ini.


Pemain Perak Vladislav Mitkov Mirchev menewaskan penjaga golJ DT, Mohd Farizal Marlias pada pertemuan dengan JDT pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak. -fotoBERNAMA

"Saya tahu bahawa kita tidak memulakan liga dengan baik musim ini terutamanya kerana kesilapan saya. Ia bukan salah jurulatih. Walaupun mempunyai jurulatih yang bagus macam mana pun, tanpa penyerang hadapan yang baik ia sukar bagi pasukan.

"Tambahan lagi di negara ini, falsafah kami sudah betul cuma saya silap membeli dua pemain luar negara di barisan hadapan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada penyokong JDT," katanya.

Tunku Ismail berkata demikain menerusi posting terbaharu di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.

Kekalahan kepada Perak dalam aksi malam tadi mencalarkan rekod tanpa kalah JDT selepas 26 perlawanan sejak musim lalu.

Tambah Tunku Ismail, beliau akan melakukan rombakan pada Mei depan bagi memperbaiki mutu persembahan pasukan.

"Tetapi buat masa sekarang, wang adalah keutamaan kami dan saya perlu untuk mendapatkan kembali semua perbelanjaan. Tetapi jangan panik.

"Kami masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki dan saya yakin kami dapat melakukannya.

"Saya akan melakukan sedikit perubahan pada bulan Mei dan yang besar-besaran pada Disember," katanya.
JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Artikel Sebelum

Pemain Balas Kepercayaan TCH

Artikel Berikut

Artikel Lain