suria

Hasrat Ribery Jumpa Arsenal Tidak Kesampaian

PEMAIN sayap Bayern Munich, Frank Ribery nampaknya terpaksa gigit jari apabila usaha untuk kembali pulih menjelang pertemuan menentang Arsenal dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis tidak kesampaian.

Ini kerana Ribery masih lagi dibelenggu kecederaan paha.

Pemain kebangsaan Perancis itu dilaporkan hanya melakukan larian semasa sesi latihan pada Isnin.

Namun Bayern merasakan masih terlalu awal untuk menurunkan Ribery yang masih dibelenggu kesakitan di belakang paha kanannya yang dialami ketika sesi latihan 31 Januari lalu.

Sementara itu, pemain pertahanan, Jerome Boateng juga disahkan tidak akan diturunkan pada pertemuan tersebut manakala Xabi Alonso terpaksa menamatkan latihan lebih awal pada Isnin kerana masalah lutut.

Kelab gergasi Jerman itu pernah menundukkan Arsenal tiga kali pada aksi pertama kelompok 16 terbaik pada 2005, 2013 dan 2014.


Frank Ribery, Arsenal

Artikel Sebelum

Jadual Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain