Nasib Rizal Ghazali Diketahui Minggu Depan - FAM - Sukan | mStar

Nasib Rizal Ghazali Diketahui Minggu Depan - FAM

Abdul Aziz Yeop Jamaluddin.

PETALING JAYA: Masa depan tonggak pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali hanya ditentukan seawal minggu depan apabila Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka bermesyuarat bagi menyelesaikan kemelut perebutan antara juara Piala Malaysia 2016 itu dengan Felda United.

Timbalan Pengerusi jawatankuasa terbabit, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, pihaknya sudah pun menerima afidavit daripada kedua-dua pihak dan sekarang hanya menunggu penetapan tarikh untuk bersidang.

"Kita dah terima afidavit Kedah dan juga Felda United, cuma sekarang kita diperingkat untuk tentukan tarikh mesyuarat.

"Saya jangkakan minggu depan. Saya tak boleh tetapkan tarikh sekarang kerana kena dapat maklum balas daripada jawatankuasa terlebih dahulu.

"Mungkin anda boleh hubungi saya semula Selasa depan untuk dapatkan tarikh tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Ditanya sama ada keputusan mengenai nasib Rizal akan ditentukan selepas mesyuarat jawatankuasa itu, Abdul Aziz berkata, jika segala dokumen lengkap, keputusan akan diumumkan dalam mesyuarat tersebut.

"Kita akan panggil semua pihak terlibat iaitu pemain dan wakil dua persatuan ini. Selalunya, kalau semua lengkap, kita akan bagi keputusan terus.

"Sebab itu kita minta afidavit terus supaya mereka dapat kemukakan bukti sama ada nak tuduh sesiapa atau untuk tujuan mempertahankan diri," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Felda United Zulkarnain Muhammad mengesahkan skuad tersebut telah menyerahkan afidavit yang diminta jawatankuasa tersebut pada Khamis.

"Kita dah hantar afidavit iaitu keterangan dan bukti-bukti yang diminta FAM semalam (Khamis). Kita tetap dengan pendirian, Rizal hak Felda United.

"Kita berharap agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

Isu perebutan antara Felda United dan Kedah terhadap Rizal timbul selepas pemain berusia 24 tahun itu didakwa memiliki dua kontrak.

Rizal didakwa membuat pusingan U dengan melanjutkan kontrak setahun bersama skuad Helang Merah meskipun sudah mencapai persetujuan hitam putih untuk menyertai skuad bimbingan Azmi Mohamed.

FAM , Mohd Rizal Ghazali , Kedah , Felda United

Artikel Sebelum

Beri Masa Pemain Melaka United Cari Rentak

Artikel Berikut

Rizal Hak Kami - Felda United

Artikel Berkaitan

Annuar Dedah 7 Visi Terajui FAM

Yusoff Mahadi Sedia Jadi 'Orang Kanan' TMJ

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain