suria

8,000 Sertai Pertandingan Reka Bentuk Topi Keledar Hamilton

JUARA dunia tiga kali Formula Satu (F1) Lewis Hamilton mendedahkan pertandingan reka bentuk topi keledarnya bagi perlumbaan musim 2017 telah menerima 8,000 penyertaan.

Hamilton mengumumkan pertandingan itu baharu sahaja berlangsung dalam tempoh kurang dua minggu tetapi sambutan yang diterimanya amat menggalakkan.

Pelumba kelahiran Britain itu menerusi akaun Instagramnya memberitahu sambutan luar biasa itu menyebabkan dia sukar memilih juara pertandingan tersebut.

"Wow, lebih 8,000... Terima kasih untuk semua reka bentuk topi keledar dan meletakkan usaha yang begitu banyak #TeamLH!!

"Beberapa penyertaan hebat di sana. Memandangkan pertandingan sudah ditutup, saya akan melihat reka bentuk yang akan saya pilih.

"Terdapat beberapa penyertaan yang perlu saya teliti, jadi ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi saya berharap agar pemenang dapat diumumkan dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi," katanya.

Hamilton bukan sahaja akan memakai topi keledar rekaan peminat pada musim depan tetapi pemenangnya turut akan menerima replika bersaiz penuh yang ditandatangani pemandu Mercedes itu.


Lewis Hamilton, F1, topi keledar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain