suria

Man United, Griezmann Capai Persetujuan

MANCHESTER UNITED semakin hampir mendapatkan khidmat bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann dengan nilai perpindahan mencecah 85 juta pound (RM474 juta).

Pemain berusia 25 tahun itu yang menjadi buruan utama Jose Mourinho, dilaporkan bersetuju dengan syarat perpindahan ke United.

Menurut media Perancis, Griezmann akan menerima gaji setimpal dengan rakan sepasukannya di Perancis, Paul Pogba iaitu sebanyak 15 juta pound (RM85 juta) setahun dengan kontrak selama lima tahun.

Walaupun United dan Griezmann mencapai persetujuan, tetapi Red Devils masih belum bersetuju dengan harga yang ditetapkan Atletico.

Sementara itu, naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward menyuarakan keyakinan bahawa bintang Perancis tersebut akan berpindah ke Manchester.

Malah beliau menyatakan Griezmann akan memakai nombor jersi ikonik, tujuh yang kini masih belum disarung oleh mana-mana pemain selepas Memphis Depay menyertai Lyon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain