Lee Westwood Mahu 'Tawan' Malaysia - Sukan | mStar

Lee Westwood Mahu 'Tawan' Malaysia

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia dan juara dua kali Jelajah Persatuan Golf Profesional (PGA) Lee Westwood dan Tommy Fleetwood adalah antara pemain ternama yang baru mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Golf Maybank 2017.

Westwood, juara sembilan kali Jelajah Asia, sudah pasti mahu mengulangi kejayaannya pada 1997 ketika kejohanan itu dikenali sebagai Terbuka Malaysia, apabila beliau turun bersaing di Saujana Golf and Country Club dari 9-12 Februari ini.

"Saya berasa bangga dikaitkan dengan Saujana untuk masa yang lama dan ia sentiasa hebat dapat kembali ke sana kerana ramai orang yang saya masih rapat.  (Namun) lapangan di situ sangat sukar.

"Banyak yang berubah dalam tempoh 20 tahun lepas dan sukar untuk mempercayai ia sudah begitu lama, tetapi saya berharap dapat mengulangi apa yang saya lakukan pada 1997," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan penganjur kejohanan berkenaan, Rabu.

Sementara itu, Fleetwood, 26, yang kini mendahului saingan Jelajah Eropah, berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas meraih gelaran pada Kejohanan Golf Abu Dhabi yang berlangsung dari 19-22 Januari lepas.

Sam Brazel dari Australia, juara Terbuka Hong Kong 2016 dan Pablo Larrazabal dari Sepanyol, yang berkongsi di tempat kedua di Abu Dhabi, dijangka terus menampilkan aksi cemerlang apabila beraksi di Malaysia.

Turut menyertai mereka adalah Graeme Storm dari England, yang mencatat keputusan membanggakan apabila menjuarai Terbuka Afrika Selatan BMW yang dianjurkan oleh Bandaraya Ekurhuleni.

Sebelum ini, penganjur mengumumkan juara bertahan Masters Danny Willett dan bekas juara Masters Charl Schwartzel, adalah antara pemain yang bakal tampil pada kejohanan tersebut.

Selain itu, turut bakal beraksi ialah pemain ternama Asia seperti juara Terbuka Singapura 2017, Prayad Marksaeng dari Thailand, manakala dua lagi tempat diberikan kepada pemain muda terbaik ASEAN, Arie Irawan Fauzi dari Malaysia dan Paul Dunne dari Ireland.

Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata kejohanan edisi tahun ini, juga adalah untuk memberi penonton pengalaman berharga dari segala aspek termasuk menerusi aktiviti-aktiviti sampingan yang diadakan.

Sempena cuti umum, masuk untuk menyaksikan kejohanan berkenaan adalah percuma pada Khamis dan Jumaat, kata kenyataan itu.

Lee Westwood , Terbuka Maybank

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain