suria

Ausilio Mengaku 'Silap Besar' Jual Coutinho Ke Liverpool

Coutinho
PENGARAH sukan Inter Milan Piero Ausilio mengakui bahawa keputusan menjual Philippe Coutinho ke Liverpool masih menjadi salah satu penyesalan terbesar dalam kerjayanya.

Ausilio membenarkan bintang Brazil itu meninggalkan San Siro dengan nilai £8.5 juta pada 2013 selepas Coutinho tidak tersenarai dalam skuad utama pasukan.

Sejak tahun-tahun selepas itu, pemain ini telah muncul sebagai salah satu aset yang paling berharga dalam Liga Perdana Inggeris, di mana Liverpool telah mengikat kontrak lima tahun dengannya minggu lalu untuk menghindari daripada didekati kelab lain yang berpotensi.


Selepas empat tahun, Ausilio mengakui bahawa melepaskan Coutinho adalah satu kesilapan.

"Bagi saya ia adalah satu penyesalan besar apabila saya menjualnya, mungkin salah satu penyesalan terbesar saya dalam tempoh lebih 20 tahun di Inter," katanya kepada ESPN.

"Saya mempunyai kenangan indah tentang Coutinho, sebagai pemain bola sepak dan secara peribadi.

"Dia serius dan mahu bekerja keras dan anda dapat lihat bahawa dia mempunyai apa yang diperlukan untuk terus maju dan telah melakukannya setakat ini," katanya.
Coutinho, Ausilio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain