suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Konta, Serena Langkah Kanan

Jo Konta.

JO Konta seolah-olah memberi gambaran awal bahawa beliau boleh memenangi kejuaraan Terbuka Australia selepas menundukkan bekas pemain No.1 dunia, Caroline Wozniacki.

Pemain Britain itu menang dengan 6-3 6-1.

Konta mara ke kelompok 16 terakhir buat kali kedua tahun ini selepas mempamerkan persembahan memukau selama sejam dan 15 minit.

Beliau akan bertemu Ekaterina Makarova di pusingan 16 terakhir.

Sementara itu, Serena Williams turut mempamerkan aksi luar biasa apabila berjaya melepasi halangan rakan senegara, Nicole Gibbs.

Serena mengetepikan pemain ranking ke-92 dunia itu 6-1 6-3 dalam keadaan cuaca panas terik di Rod Laver Arena.

Pemain 35 tahun itu akan bertemu Barbora Strycova yang menewaskan Caroline Garcia pada kelompok 16 terakhir.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain