Chelsea Pertimbang Lepaskan Asmir Begovic - Sukan | mStar

Chelsea Pertimbang Lepaskan Asmir Begovic

Asmir Begovic
ANTONIO Conte mengesahkan bahawa Bournemouth telah membuat bidaan untuk mendapatkan Asmir Begovic dan membayangkan Chelsea sedang mempertimbangkan untuk melepaskan penjaga golnya itu.

Bournemouth telah membuat tawaran bernilai £10 juta untuk Begovic, pemain antarabangsa Bosnia, yang tiba dari Stoke dengan harga £8 juta pada 2014.

Begovic bagaimanapun hanya tampil dalam empat perlawanan musim ini kerana pilihan pertama Thibaut Courtois dilihat lebih sesuai.

Walaupun Conte nampak keberatan melepaskannya pergi, Chelsea dipercayai mungkin akan berminat dengan tawaran yang lebih tinggi jika Bournemouth meningkatkan usaha mereka dengan menawarkan £12 juta atau lebih.

Conte berkata: "Kami telah dapat satu tawaran. Sekarang saya dan kelab sedang menilai perkara ini. Kelab dan pemain tahu pendirian saya. Bagi saya, Asmir adalah seorang pemain yang baik.

"Dia seorang pemain yang penting bagi saya, di dalam dan luar padang. Seorang pemain yang benar-benar penting. Dia juga mengetahuinya.

"Penting untuk mencari penyelesaian tepat buat Asmir, untuk kelab, untuk saya, kerana saya ulangi dia seorang pemain yang benar-benar penting untuk saya, di dalam dan luar padang. Penting untuk mencari penyelesaian tepat sebelum dia pergi."

Begovic sedang berfikir tentang hasrat mahu meninggalkan Stamford Bridge bagi mendapatkan lebih banyak peluang bermain sebagai pemain utama dan Bournemouth bersedia menjadikannya pemain nombor 1 di hadapan Artur Boruc.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Begovic Mengaku Terdesak Turun Bermain

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain