suria

West Ham Tolak Tawaran Kedua Marseille Untuk Dapatkan Payet

Dimitri Payet
WEST Ham sekali lagi telah menolak tawaran kedua dari Marseille untuk mendapatkan penyerang dari Perancis, Dimitri Payet.

Tawaran yang lebih baik dari kelab Ligue 1 itu dilaporkan bernilai £1 juta lebih tinggi dari tawaran awal £19 juta yang telah ditolak oleh pengerusi Hammers David Sullivan sebelum ini.

Sullivan dikatakan mengambil pendirian tegas dan enggan didesak melakukan penjualan segera memandangkan kelab itu tidak mempunyai keperluan dari segi kewangan untuk menjual pemainnya.


Pengurus kelab, Slaven Bilic berkata Payet, 29, tidak lagi mahu bermain untuk kelab itu.

Payet pada masa ini tidak berlatih dengan pasukan utama dan akan terus bekerjasama dengan pasukan bawah 23 tahun.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata mereka lebih suka jika Payet memohon maaf kepada penyokong dan kembali berlatih dalam skuad utama.

Bekas penyerang kelab itu Dean Ashton, yang terpaksa bersara pada usia 26 kerana kecederaan berkata keengganan Payet untuk bermain adalah 'menjijikkan'.


"Saya tak boleh bermain lagi dan melihat tindakan Payet, saya tak dapat beritahu anda betapa marahnya saya," kata Ashton, 33, kepada talkSPORT.

"West Ham sukakannya, mereka benar-benar memujanya, mereka tidak pernah bermimpi bahawa dia akan pergi dan bertindak sebegini. Dia menjadi pemain kegemaran ramai kanak-kanak.


"Menjijikkan apabila dia bertindak untuk enggan bermain."

Payet, yang menandatangani perjanjian dari Marseille dengan harga £10.7 juta pada Jun 2015, cemerlang dalam musim pertamanya bersama kelab London itu, menjaringkan 12 gol dan tercalon dalam anugerah bagi Pemain Terbaik Tahunan PFA.

Pada Februari 2016 dia menandatangani kontrak baru sehingga musim panas 2021.
Payet, Ligue 1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain