Piala FA Inggeris: United Layan Wigan Pusingan Keempat - Sukan | mStar

Piala FA Inggeris: United Layan Wigan Pusingan Keempat

MANCHESTER United bakal rentak bagi mempertahankan Piala FA dengan mara ke pusingan keempat bertemu Wigan hujung bulan ini.

Selepas menyingkir skuad Reading kendalian Jaap Stam 4-0 pada pusingan ketiga Sabtu lalu, United diundi bertemu anak buah Warren Joyce.

Nama Joyce di Old Trafford sememangnya tidak asing lagi memandangkan sebelum ini  dia merupakan bekas jurulatih simpanan sebelum berpindah ke Stadium DW November lalu.

United dilihat semakin konsisten untuk merebut trofi musim ini dan bakal memulakan saingan separuh akhir Piala Liga (EFL Cup) bertemu Hull pukul 4 pagi Rabu, sebelum aksi 32 kumpulan Liga Europa.

Sementara itu, pendahulu Liga Perdana, Chelsea bakal menerima kunjungan Brenford ke Stamford Bridge.

Manakala Liverpool bakal berdepan dengan Wolverhampton Wanderers sekiranya anak buah Jurgen Klopp itu menang ke atas Plymouth pada aksi ketiga nanti.

Senarai penuh undian Piala Liga Inggeris Pusingan 4 yang bakal berlangsung dari 27-30 Januari ini:

Tottenham lwn Wycombe

Derby lwn Leicester

Oxford lwn Birmingham/Newcastle

Sutton/AFC Wimbledon lwn Cambridge or Leeds

Liverpool/Plymouth lwn Wolves

Southampton/Norwich lwn Arsenal

Ipswich/Lincoln lwn Brighton

Chelsea lwn Brentford

Manchester United lwn Wigan

Millwall lwn Watford

Rochdale lwn Huddersfield

Sunderland/Burnley lwn Bristol City/Fleetwood

Blackburn lwn Barnsley/Blackpool

Fulham lwn Hull

Middlesbrough lwn Accrington Stanley

Bolton/Crystal Palace lwn Manchester City

Piala FA Inggeris , Pusingan 4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain