suria

Man City Pesta Gol Di Kandang West Ham

Sebahagian daripada pemain Manchester City meraikan kemenangan mereka. -fotoAP
MANCHESTER City membelasah West Ham United dengan lima gol tanpa balas, dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA Inggeris yang berlangsung di Stadium Olympic, awal pagi Sabtu.

Gol kemenangan City diperolehi menerusi Yaya Toure (33'), Haavard Nordtveit (41'-gol sendiri), David Silva (43'), Sergio Aguero (50') dan John Stones (84').

Dengan keputusan ini, City mara ke babak keempat Piala FA.

Tidak sekadar menang, City juga meninggalkan luka mendalam buat West Ham yang belum pernah kalah di kandang sendiri dengan keputusan buruk seperti ini sepanjang beraksi di Piala FA.

Gol pembukaan The Citizens diperolehi menerusi sepakan penalti tendangan kaki kanan Toure, apabila Pablo Zabaleta dilanggar Angelo Ogbonna di kotak penalti.


John Stones, menutup pesta gol City sekali gus mencatat kemanisan buat pemain tersebut yang meledakkan gol pertamanya di kelab ini, satu detik yang sudah lama ditunggu-tunggu olehnya.

"Ini merupakan gol yang telah lama saya nantikan. Saya sepatutnya mencipta gol pada perlawanan-perlawanan sebelum ini lagi.

"Namun, saya rasa gembira apabila dapat meledakkan satu gol dalam perlawanan Piala FA yang istimewa ini," kata Stones.

Kemenangan ini juga membawa City layak ke babak kelompok 32 Piala FA 2016-2017.

Pengundian untuk babak itu akan dilakukan pada Isnin dan perlawanan akan bermula pada 28 Januari 2017.

Piala FA Inggeris, pusingan 3

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain