suria

Pertahanan Chelsea Perlu Diperkemaskan - Conte

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte menyalahkan pemainnya kerana gagal bertahan dengan baik ketika tewas 0-2 kepada Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi Khamis.

Kekalahan itu menyaksikan harapan Chelsea untuk menyamakan rekod Arsenal menang 14 perlawanan tanpa kalah tidak kesampaian apabila dua jaringan bintang Spurs, Delle Alli menamatkan rentak 13 kemenangan berturut-turut anak buah Conte.

Chelsea hanya bolos empat sepanjang tempoh 13 perlawanan tersebut tetapi perlawanan menentang pasukan bimbingan Mauricio Pochettino ternyata menyerlahkan kelemahan corak pertahanan The Blues.

Malah Conte mencabar anak buahnya untuk meningkatkan kualiti pertahanan jika mahu memastikan gelaran juara berada dalam genggaman mereka.

"Saya tidak melihat semula ulang tayang gol Spurs, tetapi saya melihat dua hantaran lintang dan tandukan yang cantik.

"Kita akan melihat semula ulangan perlawanan itu untuk meneliti kelemahan.

"Jika bolos dua gol, pasti pemain kelab ini perlu memperbaiki semula corak permainan.

"Pasukan saya berada di tangga teratas kerana kami berusaha keras tetapi sudah pastinya cabaran untuk mengesahkan kejuaraan adalah sukar," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain