suria

Pogba Pemain Tengah Terbaik Di Dunia - Mourinho

Paul Pogba. -fotoAFP
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berkata Paul Pogba sudah pun menjadi 'pemain tengah terbaik di dunia' tetapi menjangkakan pemain itu akan menjadi lebih baik pada musim depan.

Pogba semakin menunjukkan peningkatan selepas permulaan yang lembab bersama United. Dia berpindah dari Juventus pada musim panas yang mencatat rekod dunia £93.25.


Mourinho berkata mana-mana pemain pun akan mendapati Liga Perdana Inggeris adalah sukar selepas empat tahun berada di Itali, tetapi membayangkan bahawa Pogba mampu menjadi pencabar Ballon d'Or tahun depan, jika pengundi menilai pemain lebih daripada jumlah gol.


"Liga Perdana adalah sangat sukar," kata Mourinho kepada stesen TV Perancis SFR.

"Anda bermain tiga, empat tahun di Itali dan anda datang ke Liga Perdana Inggeris dan dunianya sama sekali berbeza.

"Dia melakukannya dengan baik, dia telah melakukannya lebih daripada baik. Evolusinya adalah jelas. Jadi saya boleh membayangkan Paul akan menyinar pada musim depan," katanya.

Pogba tersenarai dalam anugerah Ballon d'Or tahun ini, tetapi hanya berada di kedudukan ke-14 walaupun memenangi gelaran ketika bersama Juventus dan membantu Perancis ke final Euro 2016.

Mourinho berpandangan bahawa jumlah gol yang besar yang dijaringkan oleh pemenang tahun ini Cristiano Ronaldo dan saingan sebenarnya, Lionel Messi, telah menyebabkan peranan Pogba selaku pemain tengah kurang menyerlah dan terlepas pandang.

"Pada masa ini, jika anda bukan seorang penjaring gol, anda tidak boleh menang Ballon d'Or," kata Mourinho.

"Tetapi jika persepsi itu berubah, maka Paul boleh menang, kerana Paul bukan seorang penjaring gol.

"Paul adalah seorang pemain tengah yang akan menjaringkan lebih banyak gol, kerana saya fikir dia mempunyai keadaan yang baik untuk menjaringkan gol. Paul adalah pemain tengah, pada pendapat saya, yang terbaik, yang terbaik di dunia.

"Jelas sekali, dia masih muda, dia masih mampu menjadi lebih baik, dia mahu meningkatkan dirinya, menjadi yang lebih baik."
Paul Pogba, JOse Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Lain