suria

42,792 Tayar Diperlukan Bagi Semusim Perlumbaan F1

JELAJAH perlumbaan Formula Satu (F1) menggunakan kira-kira 42,792 tayar pada 2016, cukup untuk mengisi 10 ruang kargo pesawat Boeing 747-8.

Suhu trek pula berukuran antara 51 darjah Fahrenheit sehingga 141 darjah.

Vallteri Bottas mencipta rekod terbaharu F1 apabila mencatatkan kelajuan 231 kilometer sejam.

Sementara itu, pembekal tayar F1, Pirelli mendedahkan pengurusan hospitaliti bagi tahun 2016:

- makanan disajikan di kalangan unit hospitaliti Pirelli (termasuk sesi ujian): 15, 600

- minuman yang digunakan sepanjang tahun: 10,200 liter

- pasta yang dimasak: 900 kilogram

- piza yang dimasak: 420

- bilangan resipi pencuci mulut: 50

- pencuci mulut dimakan: 7,500

- kopi dihidangkan: hampir 30,000

- penggunaan minyak zaitun sepanjang tahun: 500 liter

Dalam pada itu, bilangan tayar yang dibekalkan pada 2016 adalah sebanyak 42,792.

Daripada jumlah itu, 38, 112 dibekalkan untuk perlumbaan manakala 4,680 lagi untuk sesi ujian.

Sebanyak 28, 188 tayar adalah tayar licin manakala 14,604 tayar basah atau tayar pertengahan.

Jumlah tayar yang digunakan semasa perlumbaan pada hujung minggu dianggarkan berjumlah 15,652 (13,844 daripadanya adalah tayar licin dan 1,808 tayar basah atau pertengahan).

Jumlah tayar kitar semula: semua

Jarak maksimum pemanduan (km) bagi setiap jenis tayar (termasuk sesi ujian)

Keras:  759 km (Daniel Ricciardo, Red Bull)

Medium: 3,597 km (Valtteri Bottas, Williams)

Lembut: 6,566 km (Sergio Perez, Force India)

Supersoft: 4,598 km (Valtteri Bottas, Williams)

Ultrasoft: 2,052 km (Nico Rosberg, Mercedes)

Pertengahan: 444 km (Jenson Button, McLaren)

Basah: 523km (Lewis Hamilton, Mercedes)
F1, Pirelli

Artikel Lain