suria

Undian 16 Liga Juara-Juara: Arsenal Bertemu Bayern

KELAB Arsenal telah diundi untuk bertemu dengan juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich dalam peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Arsenal yang memenangi peringkat Kumpulan A digandingkan dengan Bayern untuk kali ketiga sejak empat musim yang lalu, menerusi undian yang dibuat di Nyon pada Isnin.

Pasukan Manchester City di bawah pimpinan Pep Guardiola yang berada pada kedudukan kedua dalam Kumpulan C di belakang Barcelona diundi menentang Monaco.

Leicester City yang pertama kali dalam musim Liga Juara-Juara bakal bertemu dengan Sevilla.

Perlawanan pertama pada 13/14 Februari 2017 dan 20/21 Februari 2017, manakala perlawanan kedua pada 6/7 Mac 2017 dan 13/14 Mac 2017.

Berikut merupakan undian 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah:

Manchester City lwn AS Monaco 

Real Madrid lwn Napoli

Benfica lwn Borussia Dortmund

Bayern Munich lwn Arsenal 

FC Porto lwn Juventus

Bayer Leverkusen lwn Atletico Madrid

Paris Saint Germain lwn Barcelona

Sevilla lwn Leicester City

Artikel Berikut

Artikel Lain