suria

Ziyad Zolkefi Terima Ganjaran RM550,000

Amirudin (kanan) menyerahkan replika cek kepada Ziyad. - The Star

SHAH ALAM: Wira paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima ganjaran sebanyak RM150,000 dan sebuah rumah bernilai RM400,000 daripada kerajaan negeri Selangor kerana mengharumkan nama negeri.

Ziyad yang memenangi pingat emas selain melakar rekod dunia dalam lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada kejohanan Paralimpik Rio di Brazil pada September lalu, berkata, beliau mahu menghadiahkan rumah tersebut kepada ibu bapanya.

"Saya tidak memaklumkan kepada mereka tentang hasrat saya untuk menghadiahkan rumah tersebut, jadi ia akan menjadi kejutan kepada mereka," katanya.

Atlet berusia 26 tahun itu menerima replika cek daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Kebudayaan dan Belia Selangor, Amirudin Shari di Karnival Gen-S di sini.

Menurut Amirudin, ganjaran itu merupakan token penghargaan kepada Ziyan dan berharap kejayaan atlet tersebut menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mencatat keputusan luar biasa dalam bidang sukan.

Jelasnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan Ziyad dan keluarganya tentang lokasi terbaik untuk rumah mereka.

"Kami memiliki rumah yang dibina oleh banyak agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), tetapi kita perlu berbincang dahulu dengan keluarga Ziyad untuk mencari unit yang sesuai dengan kehendak mereka," katanya.

Ziyad Zolkefli

Artikel Sebelum

Kemelut KHM, JHA Hampir Selesai

Artikel Berikut

Artikel Lain