suria

Kelab Penyokong Selangor Tuntus FAS Dirombak

SHAH ALAM: Penyokong Red Giant mahu pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dirombak bagi menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan itu.

Presiden Gabungan Kelab Penyokong Selangor (Gabungan), Mohd Faizal Wahid berkata rombakan berkenaan perlu dilakukan agar hanya anggota yang berwibawa dilantik mentadbir persatuan berkenaan.

"Kami gabungan 11 kelab penyokong Selangor juga memohon agar bola sepak tidak dipolitikkan orang yang berkepentingan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum berkaitan perkara berkenaan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan Presiden FAS di sini, Jumaat.

Memorandum berkenaan diterima wakil pejabat menteri besar, Shahril Said.

Selain menuntut rombakan dalam FAS, memorandum berkenaan juga menuntut agar kerajaan negeri memberi dana yang cukup agar pasukan Selangor dapat bersaing dalam Liga Super 2017.

Memorandum berkenaan juga menuntut individu yang telah terbukti kewibawaannya sahaja dilantik sebagai jurulatih dan pengurus pasukan.

FAS sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah dana yang menyukarkan pasukan itu bagi menghadapi Liga Super akan datang berikutan Azmin dikatakan belum mengumumkan sebarang peruntukan kepada juara Piala Malaysia 33 kali itu.

FAS

Artikel Sebelum

Keputusan Bundesliga

Artikel Berikut

Artikel Lain