suria

DRB-Hicom FC Tarik Diri Dari Liga Perdana 2017

KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) mengumumkan bahawa Kelab Bola Sepak DRB-HICOM (DRB-HICOM FC) secara rasmi telah menarik diri daripada menyertai Liga Perdana musim depan.

Menurut kenyataan DRB-HICOM pada Jumaat, kebanyakan daripada pemain danjurulatih pasukan itu telah mendapat kontrak dengan pasukan baharu untuk musim depan manakala baki anggota pasukan kini dalam proses memuktamadkan kontrak mereka. 

"Pasukan ini terdiri daripada 40 kakitangan termasuklah pemain, jurulatih dan lima orang pegawai pengurusan.

"DRB-HICOM, yang juga dikenali sebagai 'The Great Bees' bagaimanapun tidak menolak akan kembali beraksi di dalam liga tersebut (pada masa akan datang).

"Memandangkan  keadaan ekonomi semasa, syarikat merasakan adalah wajar untuk menarik  diri pada masa ini," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, nama DRB-HICOM akan kekal berada dalam kancah bola sepak tempatan melalui pasukan DRB-HICOM II yang akan terus bermain dalam Liga Divisyen Satu Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Pasukan yang keseluruhannya terdiri daripada kakitangan DRB-HICOM ini  telah bermain dalam Liga KLFA sejak tahun 2008, sebagai Pos Malaysia FC. -Bernama

DRB Hicom, Liga Perdana

Artikel Lain