suria

Tandukan Benzema Selamatkan Real, Isi Slot Ke Kalah Mati

Pemain Real meraikan kemenangan mereka.

TANDUKAN berharga pemain gantian, Karim Benzema pada minit ke-89 membantu Real Madrid meneruskan kemaraan ke saingan Liga Juara-Juara selepas menundukkan Sporting Lisbon 2-1 di Estadio Jose Alvalade.

Meskipun hanya memerlukan keputusan seri untuk mara, Raphael Varane meletakkan Real di depan pada minit ke-29.

Bintang Real, Cristiano Ronaldo yang berusaha meledak gol ke-100 pada saingan tersebut gagal menambah jaringan apabila percubaannya tersasar.

Sporting terus dirundung malang apabila Joao Pereira di perintah keluar padang kerena menumbuk Mateo Kovacic.

Pasukan tuan rumah bangkit mengikat kedudukan menerusi jaringan penalti yang disempurna Adrien Silva.

Sporting dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan bekas pemain Benfica, Fabio Coentrao.

Namun Benzema muncul penyelamat Real apabila menanduk hantaran Sergio Ramos ketika perlawanan berbaki tiga minit.

Dalam satu lagi perlawanan berasingan, Borussia Dortmund menewaskan Legia Warsaw 8-4 sekali gus kekal di kedudukan atas Kumpulan F dengan kelebihan dua mata di depan Real.

Los Blancos perlu menundukkan Dortmund di gelanggang sendiri pada 7 Disember ini untuk kekal di kedudukan teratas dan menjamin tempat ke pusingan kalah mati.



Real Madrid, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

AS: Arena Ganti Klinsmann

Artikel Berikut

Artikel Lain