suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tugu Peringatan Ibrahimovic Bakal Dibina Di Stockholm

TUGU peringatan Zlatan Ibrahimovic bersaiz 2.7 meter akan dibina Stockholm sebagai penghargaan di atas sumbangan dan kejayaannya dalam sukan bola sepak di Sweden.

Pengumuman mengenai pembinaan tugu tersebut dibuat selepas penyerang Manchester United ini menerima Anugerah Bola Emas buat kali ke-10 berturut-turut daripada Persatuan Bola Sepak Sweden.

Ibrahimovic,36, merakamkan rekod 62 gol dalam 114 perlawanan antarabangsa untuk Sweden sebelum mengambil keputusan bersara sebaik sahaja tamat aksi Euro 2016.

Jelasnya selepas menerima anugerah tersebut: "Saya seperti tidak percaya dan ramai orang mengajukan soalan "kenapa dia?" dan lain-lain lagi.

"Namun inilah hasilnya selepas 15 tahun bersama pasukan kebangsaan dan 20 tahun karier bersama kelab. Saya dapat rasakan sangat dihargai.

"Biasanya anda akan menerima anugerah seperti ini selepas meninggal dunia, tetapi saya masih lagi hidup. Dan apabila saya meninggal dunia, patung ini akan hidup selamanya," ujar bekas bintang PSG ini.

Tugu peringatan itu akan dibina di Friends Arena sebagai penghargaan kepada pemain lelaki terbaik di Sweden ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain