suria

Ramdan Tutup Kejuaraan Moto2 Eropah Di Tempat Ke-14

PETALING JAYA: Ramdan Rosli mengukuhkan kedudukan pada perlumbaan ketujuh dan yang terakhir dalam FIM CEV Kejuaraan Moto2 Eropah di Sepanyol.

Pelumba berusia 20 tahun daripada pasukan AHM Petronas Motorsports itu membuat catasan masa 31:23.130 dalam perlumbaan 19 pusingan untuk berada dalam senarai sepuluh terbaik buat kali kelima berturut-turut di Valencia pada Ahad.

Pelumba Jepun, Tetsuta Nagashima membuat catatan masa 30:48.057.

Ramdan kini memperoleh enam mata tambahan bagi menutup musim keduanya dalam siri feeder MotoGP di tempat ke-14 dengan keseluruhan sebanyak 42 mata.

Beliau mengutip 31 mata menerusi 12 perlumbaan tahun lepas.

Pelumba Afrika Selatan, Steven Odendaal daripada pasukan AGR muncul juara dengan 206 mata.

Nagashima berkongsi tempat kedua bersama dengan pelumba Perancis, Alan Techer dengan 162 mata.

Moto2, Ramdan Rosli

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain