suria

26 Pasukan Berentap Kereta Lasak 12 Jam Motul Sepang

Mohamed Azman Yahya, Pengasas Kumpulan SRO Motorsports Stepheane Ratel, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali dan Pengarah Projek MOTUL Sepang 12Hours Benjamin Franassovici bergambar bersama kereta MOTUL GT sempena pelancaran perlumbaan MOTUL Sepang 12Hours di Kuala Lumpur pada Isnin. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sejumlah 26 pasukan akan bersaing pada perlumbaan kereta lasak 12 Jam Motul Sepang 2016 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 11 dan 12 Disember ini.

Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya berkata perlumbaan lasak itu telah disenaraikan sebagai acara terakhir pada Siri Cabaran Intercontinental GT 2016.

"Kita menyaksikan peningkatan minat dan semangat bagi Perlumbaan GT di seluruh dunia.Daripada 24 pasukan tahun lepas, ia meningkat kepada 26 pasukan pada tahun ini.

"Cabaran Intercontinental GT, yang pertama kali Siri GT3 diadakan, dijangka dapat memanfaatkan trendnya, dengan siri perlumbaan yang termasuk seperti kelas GT iaitu GT3, GTC, GT4," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perlumbaan kereta lasak 12 Jam Motul Sepang 2016, di sini Isnin.

Pengeluar kereta seperti Audi, Bentley, McLaren dan Mercedes sudah tentu bertekad merangkul kejuaraan berprestij Cabaran Intercontinental GT 2016, manakala pemandu mengidamkan Piala Pemandu Intercontinental dalam senarai pencapaian mereka, katanya.

Antara pasukan yang akan memberi saingan ialah pasukan dari Amerika Syarikat, K-PAX dengan jentera Mclaren 650s dan Porsche melalui dua kereta Porche 911 GT3R, manakala Audi akan diwakili Audi Sport Team Phoenix dan B-Quik Racing.

Perlumbaan kereta lasak 12 Jam Motul Sepang 2016, yang sebelum ini dikenali sebagai perlumbaan Malaysia Merdeka Endurance dan perlumbaan Merdeka Millenium Endurance, adalah perlumbaan kereta 12 jam yang diadakan setiap tahun sejak 2000. - BERNAMA

perlumbaan lasak, Motul Sepang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain