Raonic Iringi Djokovic Ke Separuh Akhir - Sukan | mStar

Raonic Iringi Djokovic Ke Separuh Akhir

Milos Raonic -fotoAFP
PEMAIN dari Kanada, Milos Raonic mengiringi Novak Djokovic (Serbia) ke babak separuh akhir final Jelajah Dunia ATP 2016 bagi Kumpulan Ivan Lendl.

Tiket itu diperolehi Raonic apabila dia mengalahkan lawannya, Dominic Thiem dalam perlawanan ketiga.


Menerusi pertandingan di The O2 Arena,awal pagi Jumaat, Raonic menang dua set ke atas Thiem. Raonic menang 7-6(5), 6-3 dalam masa satu jam 30 minit.

Raonic membuka perlawanan set pertama dengan meraih dua mata, tetapi Thiem membalas dengan meraih empat mata berturut-turut. Raonic kemudian mengumpul empat lagi mata berturut-turut untuk unggul 7-6.

Raonic berjaya mengekalkan momentumnya pada set kedua untuk memastikan kemenangan 6-3.

Di babak separuh akhir, Raonic masih menanti lawannya iaitu dari juara kumpulan John McEnroe di mana gelaran itu masih direbut oleh Andy Murray, Stan Wawrinka, dan Kei Nishikori.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan di mana Djokovic bermain dengan status telah layak ke separuh akhir, dia telah menundukkan pemain ganti, David Goffin dari Belgium dengan mata 6-1 6-2.

Goffin terlibat dalam kejohanan ini hanya untuk menggantikan Gael Monfils yang cedera selepas pertandingan kedua di mana dia kalah kepada Thiem.

Artikel Sebelum

Sanchez Sedia Turun Menentang Man United

Artikel Berikut

Keputusan Jelajah Dunia ATP

Artikel Berkaitan

Murray Jumpa Raonic Di Separuh Akhir

Djokovic Jumpa Murray Di Final

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain