suria

Cristiano Ronaldo Dikecam Bergambar Dengan Patung Buddha

Cristiano Ronaldo dikecam netizen kerana tidak sensitif.

BINTANG bola sepak Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo dikecam apabila memuat naik gambar bersama patung Buddha di laman sosial Instagram peribadinya.

Gaya Ronaldo yang meletakkan kaki di sisi patung Buddha itu dikatakan sebagai tidak sensitif dengan agama tersebut.

Foto yang dimuat naik enam hari lalu dengan kapsyen 'Bom dia' atau membawa maksud 'Selamat Pagi' itu menerima dua juta tanda suka dan  mencecah 30,000 komen.

Rata-rata netizen meminta agar bintang bola sepak itu memadam gambar tersebut agar tidak terus mencetuskan kontroversi.

Bagaimanapun, Ronaldo tidak mengambil peduli tentang kontroversi tersebut.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia Akur Kepada India

Artikel Lain