Irfan Bakti Hampir Pasti Sertai Skuad Penyu - Sukan | mStar

Irfan Bakti Hampir Pasti Sertai Skuad Penyu

HULU TERENGGANU: Bekas pengendali pasukan Felda United, Irfan Bakti Abu Salim hampir pasti menyertai skuad bola Sepak Terengganu FA sebagai pengendali musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dan rundingan bersama Irfan Bakti untuk tawaran tersebut.

Bagaimanapun katanya sehingga kini tiada sebarang perjanjian atau tandatangan persefahaman yang dilakukan bersama jurulatih yang berusia 65 tahun itu melainkan perbincangan secara lisan antara dua belah pihak.

"Perbincangan akhir bersama Irfan telah dilakukan antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) semalam dan secara lisan memang dia telah bersetuju untuk menggalas jawatan Ketua Jurulatih pasukan Terengganu musim depan.

"Namun syarat-syarat sedang diperhalusi di peringkat akhir dan setakat ini kontrak juga belum ditandatangani," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah di bawah Program Stategi Lautan Biru (NBOS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini pada Khamis.

Sebelum ini, nama bekas pengendali yang pernah menjulang Piala FA bersama Terengganu tahun 2011 itu disebut-sebut untuk membimbing pasukan itu tahun depan dan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, pada 18 Oktober lalu.

Begitupun, tiada kata putus dibuat hasil perjumpaan dengan Ahmad Razif sebaliknya Irfan Bakti meminta tempoh seminggu untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran Terengganu.

Sebelum ini skuad Penyu yang dibimbing Mustaffa Kamal Abd Wahad dan Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor menghuni tangga tercorot Liga Super sekali gus tersingkir ke Liga Premier tahun depan.

Irfan Bakti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Irfan Bakti Minat Bimbing Terengganu

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain