Nadal Terpaksa Tutup Musim 2016 Lebih Awal - Sukan | mStar

Nadal Terpaksa Tutup Musim 2016 Lebih Awal

RAFAEL Nadal menamatkan musim 2016 lebih awal berikutan kecederaan pergelangan tangan yang dialaminya.

Bintang Sepanyol itu terpaksa berehat hampir dua bulan selepas aksi Sukan Olimpik di Rio, namun belum cukup untuk memulihkan kesakitan di pergelangan tangannya.

Penampilan di Brazil itu menyaksikan Nadal  gagal dalam perebutan pingat gangsa dalam aksi perseorangan tetapi memenangi pingat emas acara beregu bersama Marc Lopez.

Selepas tewas pusingan pertama acara Shanghai Masters minggu lalu dalam aksi pusingan pertama kepada Viktor Troicki, Nadal akhirnya mengambil keputusan berehat lebih awal.

"Sebelum ini saya menyertai Sukan Olimpik dengan persiapan yang sederhana dan kecederaan belum pulih semuanya, tetapi sasaran emas dapat dicapai untuk Sepanyol.

"Saya memaksa diri saya untuk terus bermain yang menyebabkan kecederaan lambat sembuh dan akhirnya keputusan berehat lebih awal diambil bagi memastikan persediaan musim depan lebih baik.

"Tidak dinafikan saya agak kecewa kerana tidak dapat beraksi di Basle minggu kerana banyak kenangan manis yang dirakam musim lalu, lebih-lebih dapat mengalahkan Roger Federer," jelas pemain berusia 30 tahun itu.

Nadal mula mengalami kesakitan di pergelangan tangannya bermula Mei lalu namun terus bermain sebelum terpaksa menarik diri pada pusingan ketiga Terbuka Perancis.

Rafael Nadal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sergio Aguero Bakal Jadi Mangsa Pep Guardiola

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain