suria

Rio Ferdinand Pertikai Gambar Mesut Ozil

SETELAH Arsenal menang besar 6-0 ke atas Ludogorets dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara, Mesut Ozil, pemain yang menjadi wira kemenangan pasukan itu telah berkongsi kegembiraannya.

Pemain antarabangsa Jerman itu berjaya mencipta hatrik pertama sepanjang karier bola sepaknya.

Selepas perlawanan, Ozil berkongsi kegembiraannya bersama rakan-rakannya bilik persalinan.

Melalui Twitter peribadinya, bekas pemain Real Madrid itu memuat naik sekeping foto sambil memegang bola yang dibawa pulang setelah mencipta hatrik.

Namun posting Ozil  itu kurang disenangi bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand.

Menurut Ferdinand, dia tidak akan melakukan seperti itu sehinggalah benar-benar meraih gelaran juara.

"Saya telah katakan sebelum ini, saya tidak akan melakukan perkara itu sehingga saya memegang trofi. Jika itu adalah apa yang budak-budak itu mahu lakukan...ia adalah satu zaman baru," kata Ferdinand, memetik Sportsmole.

Arsenal kini telah memenangi tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, termasuk enam kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Mesut Ozil, hatrik, Rio Ferdinand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain