suria

"Saya Masih Di Old Trafford Jika Ferguson Jurulatih" - Van Persie

ROBIN van Persie mengakui dia akan menjadi pemain Manchester United untuk menentang Fenerbahce dalam saingan Liga Europa pada Khamis jika Alex Ferguson masih lagi membimbing kelab gergasi England berkenaan.

Penyerang kelahiran Belanda itu telah dipilih sebagai pemain terbaik pada tahun pertama berada di Old Trafford  pada musim 2012-13 dengan United menerajui takhta liga berkelebihan 11 mata.

Ferguson kemudiannya mengumumkan untuk mengakhiri kariernya dan meletakkan Van Persie dalam keadaan sukar di bawah bimbingan David Moyes dan Louis Van Gaal.

Pada 2015, Van Persie meninggalkan Old Trafford untuk ke Turki dan berjaya menjaringkan 17 gol daripada 35 penampilan.

"Saya menyertai United kerana idea Ferguson, jika dia masih kekal untuk beberapa tahun lagi saya mungkin masih di sini. Tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berubah.

"Kamu tidak boleh merancang mengenai masa depan kamu, begitu juga dengan nasib jurulatih," katanya pada wartawan di Manchester.

Manchester united, Turki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain