suria

United Lantik 50 Pencari Bakat Baharu

MANCHESTER United dilaporkan melantik 50 pencari bakat baharu sejak beberapa bulan yang lalu.

Aktiviti perpindahan pemain membabitkan kelab itu sejak beberapa musim lalu dikritik hebat dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ed Woodward didakwa gagal menyambar beberapa pemain sasaran United.

Lebih memburukkan keadaan, Woodward turut didakwa gagal mengadakan rundingan secara baik dengan pemain yang tiba di Old Trafford.

Red Devils telah menjalankan siasatan terhadap polisi pengambilan pemain menyebabkan satu keputusan untuk membaik pulih sistem dan pengambilan pencari bakat baharu di sekitar Eropah secara drastik dilakukan.

Ketua pencari bakat ketika ini, Jim Lawlor akan bekerjasama dengan Marcel Bout yang dinamakan sebagai ketua pencari bakat global awal minggu ini.

Seramai 50 lagi pencari bakat baharu akan ditempatkan di beberapa kawasan utama di seluruh dunia dengan semua dijangka memberikan perkembangan terkini mengenai pencarian bakat mereka sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Reputasi United dalam membangunkan bakat muda telah merosot sejak dua dekad lalu walaupun pemain yang dilahirkan menerusi akademinya, Marcus Rashford dan Jese Lingard dipanggil mewakili England musim lalu.







Manchester United, pencari bakat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain