suria

Mohamed Azman Dilantik Pengerusi Baharu SIC

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohamed Azman Yahya sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menurut kenyataan yang dikelurkan kementerian pada Jumaat, pelantikan ini bagi tempoh tiga tahun.

Mohamed Azman merupakan Pengerusi Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).

Jelas pihak kementerian, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Pengarah SIC, berkuat kuasa 10 Oktober 2016.

Mokhzani telah berkhidmat bersama SIC selama 13 tahun. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain