Punca Guardiola Sekat WiFi Di Pusat Latihan Man City Didedah

Pep Guardiola. Foto Reuters

PUNCA Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyekat kemudahan WiFi di pusat latihan kelab itu didedahkan, di mana keputusan berkenaan dibuat selepas salah seorang pemain dikesan menggunakan telefon semasa berurut.

Keputusan Guardiola itu bagi membangkitkan semangat para pemainnya dengan harapan skuad itu dapat memberi tumpuan dengan berkomunikasi antara satu sama lain, berbanding mengutamakan penggunaan telefon di Akademi Bola Sepak City.

Liputan 3G juga terhadap di dalam pusat latihan itu dan penyerang Sergio Aguero mendedahkan ia merupakan langkah yang tidak ortodoks. 

"Saya sedang menyediakan jus oren di tempat ini, dan mereka (rakan sepasukan) bertanya sekiranya internet berfungsi. Saya kata ada masalah. Saya ingatkan mereka bergurau dengan saya, tetapi ia benar.

"Ada satu masa, dia (Guardiola) masuk ke bilik berurut dan melihat salah seorang rakan sepasukan saya. Saya tidak tahu siapa, tetapi pemain itu sedang berehat sambil menggunakan telefonnya. Saya tidak tahu, mungkin dia tidak sukakan perbuatan itu.

"Dia telah menyekat kemudahan Internet. Kami tidak mempunyai Internet di bilik persalinan, bilik berurut dan kolam renang. Di bahagian atas terdapat liputan 3G yang sedikit," katanya.

Langkah Guardiola itu susulan Manchester City menang sebanyak 10 kali berturut-turut sebelum mengalami kekalahan pertama mereka di Tottenham pada musim ini. - Mail Online


Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain