suria

Rooney Dibangku Simpanan, England Seri Tanpa Jaringan

Rooney hanya dimasukkan 17 minit terakhir ketika aksi bertemu Slovenia awal pagi Rabu.

KEMASUKAN Wayne Rooney pada minit ke-73 permainan gagal memberi impak kepada pasukan England dalam aksi Pusingan Kelayakan Piala Dunia bertemu Slovenia, awal pagi Rabu.

Kapten Three Lions itu menjadi pemanas di bangku simpanan sehinggalah babak kedua perlawanan Rooney dipanggil masuk menggantikan Dele Alli.

Bagaimanapun perlawanan yang menyaksikan gabungan tiga pemain tengah Jordan Hernderson, Eric Dier dan Alli itu gagal mencari sebarang gol sehingga terikat seri tanpa jaringan.

Pun begitu, England bernasib baik mencatat keputusan tanpa jaringan selepas aksi cemerlang Joe Hart menyelamatakan beberapa percubaan bahaya di laman pihak lawan.

"Ia merupakan tempoh sepuluh hari yang sukar," jelas  ringkas pengurus England, Gareth Southgate.

Biarpun mencatat keputusan seri, England masih lagi menguasai kedudukan Kumpulan F dengan mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan, diikuti pasukan Lithuania (5), Slovenia (5), Scotland (4), Slovakia (3) dan Malta (0).

Skuad Southgate bakal meneruskan aksi kelayakan berdepan dengan Scotland pada 11 November ini sebelum berdepan dalam perlawanan persahabatan bertemu Sepanyol pada empat hari kemudian.

Senarai pemain:

Slovenia (4-3-1-2): Oblak ; Struna , Samardzic, Cesar  (Mevlja 68, ), Jokic 7; Krhin  (Omladic 84); Verbic , Birsa (Kronaveter 59, ), 7, Kurtic ; Bezjak , Ilicic  Simpanan: Koprivec, Belec, Skubic, Jovic, Crnic, Novakovic, Trajkovski, Zajc, Pihler

England (4-2-3-1): Hart , Walker , Cahill 6.5, Stones , Rose 7, Henderson , Dier , Alli  (Rooney 73, ), Walcott 6 (Townsend 62, ), Sturridge  (Rashford 82, ), Lingard 7Simpanan: Forster, Smalling, Gibbs, Antonio, Keane, Oxlade-Chamberlain, Vardy, Pickford

Pengadil: Deniz Aytekin (Jerman) 

England, Wayne Rooney

Artikel Lain